"I Dah Kata Suami Orang Bukan Taste I" - Azrinaz Mazhar Hakim

Kamaruddin Razal
Mei 9, 2018 00:31 MYT
Bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim menjelaskan suami orang bukanlah lelaki yang menjadi idamannya.
Azrinaz berkongsi perkara tersebut menerusi salah sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya, @azrinazmazharhakim.
"Maka tidur lenalah sang isteri-isteri semua. Tak perlu risau lagi. I dah kata suami orang bukan taste I.
"Tapi depa tak nak percaya. #sukabuatfitnahtau #dontbringbackthepast.
"Dah moh tido awai esok nak mangkit pagi gi undi #tanggungjawabisteri #tanggungjawabrakyat," tulis Azrinaz.
Azrinaz selamat bernikah pada 1 Mei yang lalu dengan sahabat lamanya, Fairos Khan Abdul Hamid.
BACA: Kahwini Sahabat Lama, Azrinaz Mazhar Hakim Selamat Bernikah 1 Mei Lalu
Fairos merupakan rakan yang dikenali oleh Azrinaz semenjak 20 tahun lalu dan mereka mula menjalinkan hubungan rapat setahun lepas.
Teks: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Azrinaz
#Kahwin #Azrinaz Mazhar Hakim #Kahwin