Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“I Finally Said Yes”- Pelakon Ola Bola Kini Bercinta Dengan Gimnas Negara

Syafiqah Jalal
07/05/2021 09:50 MYT
Pelakon Ola Bola, Brian Chan akui dia kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan atlet gimnastik negara, Farah Ann Abdul Hadi.

Menerusi satu kemas kini Brian di akaun Instagram miliknya memberitahu mereka sudah menjalinkan hubungan istimewa pada awal tahun ini selepas beberapa bulan mengenali hati budi masing-masing.

“After many months of smiles, laughter, gifts, building trust and nothing but pure joy & happiness, I finally said yes .. to being her boyfriend.

“Farah is now officially the luckiest girl in the world,”
katanya berseloroh.

Dalam entri yang sama Brian memuat naik foto mereka berdua.

Sementara itu dalam IG Farah pula baru sahaja memuat naik fotonya menyambut hari jadi bersama Brian.
“Thank you so much My Hooman.

“To all the laughter and love, and for making me feel extra special on my birthday. I am truly super grateful and happy to be your hooman too,”
tulisnya.

Brian membawa watak Tauke dalam filem dan teater Ola Bola The Musical pada tahun 2018.

Sementara Farah yang dikenali sebagai ratu gimnastik Malaysia itu pernah membuat penampilan pertamanya secara profesional di Sukan Komanwel 2010 di New Delhi.
#Bercinta #Ola Bola #Atlet #Gimnastik #Gimnas Negara