Laman Utama

"I Kenal You, You Tak Kenal I" - Humblenya! Video Siti Nurhaliza Tegur Cikgu Gimnas Zaman Sekolah Curi Perhatian

gempak
Asraf Aided
28/12/2021
02:59 MYT
Sponsor Banner
"I Kenal You, You Tak Kenal I" - Humblenya! Video Siti Nurhaliza Tegur Cikgu Gimnas Zaman Sekolah Curi Perhatian
Perkongsian video penyanyi nombor satu, Datuk Seri Siti Nurhaliza di Instagram ketika menghantar bantuan banjir baru-baru ini mencuri tumpuan netizen.
Sewaktu singgah ke lokasi, pihak Siti meletakkan bantuan di rumah seorang wanita berbangsa Cina, kemudian berborak dengan penduduk setempat hinggalah terserempak dengan guru gimnasnya ketika zaman sekolah.
Pada mulanya, guru tersebut tidak mengecam Siti ada di depan matanya kerana memakai pelitup muka.
"Sewaktu ke Kuala Lipis baru-baru ini, saya singgah di Taman KSM, menghantar bantuan di sini. Bantuan diletakkan di rumah seorang aunty berbangsa Cina yang menjadi tempat pengumpulan dan pengagihan bantuan untuk warga taman tersebut. Sepanjang saya di rumahnya, beliau memang tidak perasan saya.
"Saya juga berborak dengan penduduk di taman tersebut, kemudian lalu seorang wanita berbangsa Cina juga, yang saya memang kenal sewaktu sekolah, beliau juga tidak perasan saya.
"Sepanjang berada di sana, saya memang pakai pelitup muka dan akhirnya barulah terjadi sesi jejak kasih kami," coretnya sebagai kapsyen.
Sementara dalam video tersebut, Siti menegur dahulu guru berkenaan kerana masih mengenalinya walaupun memakai pelitup muka.
"I kenal you lah, You tak kenal I," selorohnya.
Mereka kemudiannya berbual dan mengambil foto bersama. Kata Siti, guru gimnas tersebut mungkin dimaklumkan oleh penduduk setempat bahawa yang menegurnya adalah Siti Nurhaliza.
"Agaknya, uncle tadi cakap ini Siti Nurhaliza, lepas tu barulah dia tahu, ya lah saya pun pakai mask setiap masa.
"Tugas dia dahulu mengajar gimnas, dia lah yang kepak kepak saya dulu," seloroh Siti dalam video tersebut.
Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut penyanyi tersohor itu meninggalkan respon positif dengan memuji kebaikan Siti dan sifat rendah diri beliau.
"Humble nya TokTi, dah glamour pun masih dia yang cuit, kitan yang nan hado ni nampak kawan sekolah kalau boleh nak lalu tempat lain," tulis seorang netizen.
"Humble nya lah hai seorang Siti Nurhaliza ni, sebab itulah rezeki murah dan disayangi ramai," tulis yang lainnya.
"Bagus Tok Ti, sangat humble, mahal sungguh statement "I kenal You, You tak kenal I," tulis pengguna seorang lagi pengguna Instagram.
Dalam perkembangan lain, jangan lupa saksikan dokumentari Siti: Are You Ready?, sebuah projek daripada Siti Nurhaliza Production dan Shiraz Projects yang menghidupkan kembali momen-momen istimewa konsert jelajah Dato' Sri Siti Nurhaliza On Tour dua tahun lalu.
Dokumentari tersebut dan konsert Dato' Sri Siti Nurhaliza On Tour - Live In Concert boleh ditonton di pawagam rumah anda menerusi Astro First bermula 30 Disember ini.
Pada harga RM19.90 sahaja, peminat boleh menonton kedua-duanya selama 48 jam secara berulang.
Bagi mereka yang berada di luar Malaysia dan Brunei boleh melanggan di platform Video on Demand bermula 30 Disember dengan harga USD4.99, juga boleh menonton selama 48 jam secara berulang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live