"I Know This Is Not Yet An Award, But..." - Syakirin Husnal Menang Pencarian Hos Mingguan Wanita

Asraf Aided
Mac 29, 2019 09:26 MYT
Pengacara Syakirin Husnal telah memenangi Pencarian Hos Mingguan Wanita yang telah berlangsung selama tiga minggu.
Berita gembira itu dikongsi Syakirin menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.
"Like I said on the show, Syakirin tak pernah menang, Syakirin tak pernah diiktiraf secara formal, ini adalah hasil usaha Syakirin selama lapan tahun.
"I am beyond words, this is a validation of all the hard work I have done, I know this is not yet an award, but really, this is huge for me!
"I hope this will be great new beginning to widen my horizon, I shall not be blindsided no more, and yes ini rezeki Vea Khadija," tulisnya.
Dalam pada itu, Syakirin turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberi sokongan kepadanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada Syakirin dan mendoakan kejayaan buatnya.
#Syakirin Husnal