Laman Utama

“I Love Wanita Bekerjaya, Berilmu” - Isu ‘Bodo-Bodo’, Naim Daniel Mahu Lelaki Jangan Rasa Tergugat

gempak
Azwa Rahman
16/06/2021
12:10 MYT
Sponsor Banner
“I Love Wanita Bekerjaya, Berilmu” - Isu ‘Bodo-Bodo’, Naim Daniel Mahu Lelaki Jangan Rasa Tergugat
Penyanyi dan pelakon Naim Daniel menyeru segelintir lelaki yang merasa tergugat dengan wanita bekerjaya untuk menerima perkara itu sebagai persaingan yang sihat.
Menerusi laman sosial Instagram, Naim berkongsi pendapat dan luahan mengenai wanita bekerjaya dan berilmu dalam sebuah video untuk tatapan umum.
Why not lelaki menganggap perkara itu sebagai persaingan yang sihat macam okay, bring it on. Kita sama-sama menuju ke arah yang lebih baik untuk peningkatan diri kita.
“Sebabnya takde masalah pun kalau saya ada wife satu hari nanti, itu adalah tanggungjawab kita untuk support apa juga segi untuk isteri, adik beradik kita ke dalam mereka mengejar cita-cita yang boleh menaikkan daya keyakinan mereka. So, saling melengkapi la kita.
“Tak patut datang segala insecurity oleh segelintir pihak lelaki i mean, its a good thing,” katanya menerusi video tersebut.
Malah menurut Naim, dia suka melihat wanita yang mempunyai karier yang bagus dan sentiasa mencari ilmu.
I love wanita bekerjaya, i love wanita yang berilmu, i love wanita yang suka mencari ilmu sebab benda tu menaikkan tingkat moral kita bukan sebagai antara lelaki dan perempuan tetapi sebagai manusia itu sendiri.
“So, tak payah takutlah kalau perempuan tu power kan,” jelasnya lagi.
Meninjau ke ruangan komen, ramai wargamaya yang bersetuju dengan pendapat penyanyi lagu Purnama itu memandangkan pendapat mengenai ‘wanita bodoh-bodoh’ itu mengundang pelbagai reaksi.
“Betul la cakap Naim tu, memang lelaki sekarang nak perempuan yang ada kerjaya, pandai berdikari, tak bergantung sangat dekat lelaki. Akhirnya ada jugak yang sependapat dengan saya,” kata seorang wargamaya.
“Setuju, saling melengkapi. Saling bahu-membahu, pimpin tangan menuju syurga abadi bersama dalam redha-Nya,” komen seorang wargamaya.
“Ye Naim, saling melengkapi. Bukan bertanding dalam membina satu perhubungan. Paling penting tahu kedudukan masing-masing,” ujar seorang wargamaya.
“Yup setuju, lelaki dan perempuan ada kan untuk melengkapi esch other. Sama-sama pandai, untuk better future juga,” tulis seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah meraih hampir 100,000 tontonan daripada pengikutnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024