Hiburan

I Love You 3,000! Iron Man Muncul Di Sabah, Beri Sumbangan Sempena PKP!

Hanafis Haris
21/04/2020
10:51 MYT
Adiwira kegemaran ramai iaitu Iron Man membuat kemunculan khas di Penampang Sabah semalam apabila tampil menghulurkan bantuan barangan harian sempena Perintah Arahan Kawalan (PKP).
Perkara itu didedah oleh pemilik kostum Iron Man itu sendiri iaitu Yohan Charles Jayasuriya menerusi satu posting di Facebooknya semalam.
Menurut Yohan, misi bantuan berkenaan bermula pada jam 9 pagi dan berakhir 4.30 petang semalam.
"Saya hantar bantuan kepada 15 bekas pelajar sekitar Penampang.
"Terima kasih kepada yang sponsor barangan ini. Walaupun bukan senang nak memandu dengan sut Iron Man ini, tapi berbaloi apabila melihat senyuman ramai," katanya.
Menurutnya, biarpun kerap memakai sut adiwira berkenaan untuk sebarang program amal sebelum ini, namun ia adalah kali pertama dia memandu dengan sut tersebut.
“Saya ada tiga sut Iron Man, tapi hanya ini sesuai dipakai untuk memandu kerana beratnya cuma enam kilogram dan lembut sikit.
“Memang satu cabaran memandu menggunakan sut ini dan sudah pasti berpeluh-peluh, tetapi semua kepayahan dan rasa sengal pada badan saya itu hilang apabila tengok penerima gembira dan terhibur dengan kemunculan Iron Man,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dayang Areeda Cuak Lakonkan Babak Nasi Kangkang Untuk Jerat Aliff Aziz - "Saya Risau Pandangan Masyarakat"

gempak
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan babak pelakon Dayang Areeda cuba menjerat Aliff Aziz dengan menggunakan ilmu sihir nasi kangkang mencuri perhatian ramai di media sosial.
Terkini

Netizen Terharu Lihat Pelajar Universiti Ini Beri Sepotong Kek Kepada Pekerja Restoran Mamak

gempak
26/07/2024
06:55 MYT
Beberapa pelajar dari sebuah universiti meraih perhatian netizen apabila rakaman yang memperlihatkan mereka memberi sepotong kek kepada seorang pekerja kedai makan yang sering mereka kunjungi viral di media sosial.
Viral

Ibu Arwah Zulfarhan Akui Pernah Tak Restu Anak Masuk UPNM

gempak
26/07/2024
03:55 MYT
“Dia selalu dekat dengan kami sekeluarga,” begitulah keluhan ibu kepada arwah Zulfarhan, yang menyatakan dirinya pernah tidak merestui anak lelakinya itu untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Berita

Gara-Gara Beri Anjing Makan Berlebihan Sehingga Mati, Wanita Dihukum Penjara Dua Bulan

gempak
25/07/2024
21:55 MYT
Mahkamah di New Zealand menjatuhkan hukuman penjara dua bulan ke atas seorang wanita kerana memberi makan anjing peliharaannya secara berlebihan sehingga mati, lapor News Straits Times.
Viral

"Lepas Saya Letak Tu, Tak Pernah Tengok Dah Sampai Sekarang" - Individu Dipercayai Penulis Surat Layang Kes Buli Arwah Zulfarhan Tampil Bersuara

gempak
25/07/2024
07:30 MYT
Pemilik akaun Instagram, dipercayai individu yang pernah mengirimkan surat layang tentang kes buli bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain tampil memuatnaik hantaran mengimbas kejadian yang berlaku sekitar tujuh tahun lalu.