"I Love You Dear Wife" - Ameer Forteen Selamat Disatukan

Asraf Aided
Mac 2, 2019 03:40 MYT
Anggota kumpulan Forteen, Mohd Arif Ameerais atau Ameer selamat bernikah dengan pasangannya Naja Shamsul Kamar semalam.
Perkara itu dikongsi Ameer menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.
"Alhamdulillah, selamat disatukan, semoga masjid yang dibina diberikan barakah dan kebahagiaan dunia dan akhirat, I love you dear, wife," tulisnya sebagai kapsyen.
Dalam foto di entri tersebut, kedua mempelai itu begambar di atas pelamin sejurus selepas majlis akad nikah yang difahamkan berlangsung petang semalam.
Sebelum mengikat hubungan sebagai suami isteri, Ameer dan Naja telah bertunang pada 13 Oktober tahun lalu.
#Ameer Forteen