"I Love You Forever Mum" - Ucapan Sherry Alhadad Buat Hari Lahir Marlia Musa

Asraf Aided
Jun 13, 2019 09:33 MYT
Selebriti popular Sherry Alhadad menulis ucapan buat hari lahir pelakon dan isteri kepada penyanyi Datuk M Nasir, Datin Marlia Musa.
Ucapan itu ditulis menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
"Happy birthday to my partner in crime, I love you forever Mom," tulisnya ringkas sebagai kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut Sherry turut mengucapkan selamat hari lahir kepada Marlia.
Di entri itu, Sherry turut berkongsi beberapa foto bersama Marlia yang digabungkan.
Sedikit info mengenai Sherry, bintang kelahiran Kuala Lumpur ini mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 2006 dan berjaya membina popularitinya sehingga kini menerusi bidang lakonan dan pengacaraan.
#Sherry Alhadad #Marlia Musa