"I’m Back B****" - Haneesya Hanee Kembali Bangkit

Kamaruddin Razal
Januari 21, 2019 20:26 MYT
Selepas melalui insiden yang memeritkan, pelakon baru yang merupakan bekas pemenang Dewi Remaja 2018/2019, Haneesya Hanee kembali bangkit.
Menerusi kemas kini akaun Instagram milik gadis itu, Haneesya memuat naik foto-foto beberapa sesi penggambaran yang pernah dijayakan sebelum ini.
Haneesya memuat naik foto-foto terbabit bersama kapsyen yang menggambarkan dirinya sudah 'move on' dengan tragedi lama yang melanda dirinya dan mahu membuka lembaran baru dalam kehidupan.
"Be proud of who you are and not ashamed of how others see you. I’m back b****," tulis Haneesya.
Selain itu, Haneesya juga memuat naik banyak entri yang memaparkan portfolio yang pernah dihasilkan oleh gadis sebagai seorang model.
Rata-rata peminat memberikan reaksi yang bercampur baur menerusi entri-enteri yang dimuat naik oleh Haneesya.
Ada yang meniupkan semangat buat pelakon drama bersiri Cik Reen Encik Ngok Ngek itu, malah ada juga netizen tak bertanggungjawab terus mengecam Haneesya berikutan kontroversi yang membabitkan dirinya.
BACA: Mengaku Salah, Gelaran Dewi Remaja 2018/2019 Haneesya Hanee Ditarik Semula
BACA: "Jangan Salahkan Dia!" - Haneesya Hanee Mohon Semua Pihak Berhenti Menyalahkan Ibunya
BACA: "Saya Mohon Maaf, Tak Pandai Didik Anak" - Ibu Haneesya Hanee
BACA: “Skin Colour Doesn’t Relate Anything With The Action I Did” - Haneesya Hanee
Pada 17 Januari lalu, gelaran Dewi Remaja 2018/2019 milik Haneesya ditarik semula ekoran penyebaran video kontroversi gadis itu sedang berhibur di sebuah kelab malam.
#Haneesya Hanee #Dewi Remaja