Isteri kepada pelakon Shukri Yahaya, Tya Adnan mendedahkan mengalami keguguran akibat jatuh di dalam bilik air.

Tya memberitahu perkara itu menerusi ruangan Instagram Stories sewaktu mengadakan sesi soal jawab bersama peminat semalam.

"Amin amin ya rabb'al alaminnn. Ha'ah, jatuh bilik air.

"Uhuuu..yes, miscarriage. But no worriessss.

"I'm fine. Taknak orang risau. I'm all good now..

"Dah nak habis pantang dah pun..Lagi berapa hari je," tulisnya.





Dalam pada itu, Tya juga mengingatkan wanita yang keguguran perlu berpantang mengikut cara yang betul.

"14 hari je..tak lama..walaupun miscariage still kena pantang betul-betul tau," tulisnya lagi.



Terdahulu, Tya telah membuka ruangan soalan untuk menjawab apa saja pertanyaan yang diajukan oleh peminat-peminatnya menerusi Instagram (IG) miliknya.

Shukri dan Tya telah berkahwin pada 20 November 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Aaira Ameena pada 24 Ogos 2016.