Kasih sayang seperti kakak sendiri! Itu luahan Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mengenai hubungan akrabnya dengan Allahyarhamah Adibah Noor.

Menurut Fazley dia masih terkenang kebaikan Allahyarhamah ketika kedua-dua mereka menyertai Gegar Vaganza 8, tahun lalu.

Menurutnya, Adibah merupakan seorang kakak yang sentiasa memberi semangat tidak kira di mana.

“Di ruang pentas kami bekerja, baik program tv, drama, iklan mahupun pentas Gegar Vaganza.

“Hari terakhir saya di pentas GV, bertubi-tubi Whatsapp arwah masuk bermula dengan kata-kata ‘Im already missing you’ , terlalu banyak yang kami bicarakan, terlalu dalam yang kami luahkan bersama.

“Keadaannya yang dah mula sakit telah pun dibisikkan ke telinga saya ‘you gotta be strong Fazley, I'm not well but im still gonna be strong’, kata-kata keramat yang sentiasa terngiang di telinga saya,” katanya menerusi satu posting di Instagram.

Menerusi posting itu juga, Fazley memuat naik video Adibah yang memberi ucapan terhadap isterinya ketika berada di Turkey.

“Video ini beliau titipkan buat isteri saya ketika Azrene Ahmadberada di Turkey untuk expo perniagaan kecil kami.

“Allahuakbar Kak dib, tuhan lebih menyayangimu. Kau terlalu istimewa….”

“Al- Fatihah buat kak Adibah Noor,” katanya.

Sekadar info, pemergian Adibah atau nama sebenarnya Adibah Noor Mohamed Omar terlebih dahulu dikongsikan rakan selebriti Datin Emylia Rosnaida di laman Facebooknya, petang semalam.

"Allahuakbar terkejut dapat berita ini, sahabat kita yang versatil baru sahaja meninggal dunia.

"Ya betul arwah baru sahaja meninggal dunia di Hospital Gleneagles sebentar tadi," katanya.

Difahamkan Allahyarham Adibah menderita penyakit kanser ovari yang enggan dikongsikan kepada umum.

BACA: Adibah Noor Meninggal Dunia