"I'm On It!" - Yuna Sahut Cabaran Buat Lagu Meraikan Rakyat Malaysia

Amri Hassan
Mei 15, 2018 04:38 MYT
Penyanyi antarabangsa Yuna menyahut cabaran peminatnya untuk mencipta lagu bagi meraikan rakyat Malaysia.
Menerusi akaun Twitternya, @yunamusic, penyanyi yang terkenal dengan lagu Dan Sebenarnya itu membalas posting yang diajukan oleh salah seorang pengguna untuk menghasilkan lagu bersifat keraian.
"Hi Yuna. Please write a new song for Malaysian. We need a celebration song," tulis pengguna bernama @azlancepticon.
Seraya Yuna membalas entri terbabit dengan penuh teruja. Tulis Yuna; "I'm on it!"

I'm on it!! https://t.co/GvoLYpaaAh

— Yuna Zarai (@yunamusic) May 10, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Jawapan Yuna itu mendapat sokongan penuh netizen yang mahukan dia berkolaborasi dengan beberapa penyanyi dan komposer terkenal tempatan.
Faizal Tahir antara penyanyi yang dicadangkan untuk bergabung tenaga dengan Yuna.
"Insya-Allah. Good things will find its way," jawab Faizal positif.
Selain itu, Joe Flizzow, Zee Avi, Adibah Noor, Aizat Amdan dan Najwa Mahiaddin.
Semangat ini sekali gus membuktikan kemenangan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) benar-benar mengubah landskap seni tempatan.
Malah, Pakatan Harapan juga melakar sejarah negara apabila berjaya menumbangkan Barisan Nasional selepas 60 tahun.
Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: Twitter @yunamusic
#Faizal Tahir #Yuna #PRU14 #Pakatan Harapan