“I Miss You Mummy” Luahan Rindu Dek Ta - Allahu...Mesti Janggal Percutian Kali Ni Tanpa Ibu
Fiza Kamarudin
02/11/2021 05:43 MYT
02/11/2021 05:43 MYT
Sudah hampir tiga bulan penyanyi Siti Sarah Raisuddin pergi meninggalkan kita semua, namun pemergian Allahyarham masih tetap dirasai sehingga ke hari ini.
Jika kita rindu, apatah lagi ahli keluarga Allahyarham yang sangat dekat dengan beliau…Kehilangannya sudah pasti meninggalkan kesan mendalam.
Umum mengetahui Shuib bersama anak-anak dan ahli keluarganya yang lain kini sedang bercuti di Pulau Langkawi, Kedah.
Namun ada sesuatu yang menarik perhatian dan mengundang sebak apabila satu-satunya puteri Shuib dan Siti Sarah, Dek Ta meluahkan sesuatu.
Menerusi perkongsian di laman sosial Instagram (IG) Suci Uwais, Dek Ta telah menulis sepotong ayat ‘I miss you mummy’ pada sekeping kertas, seperti sedang menggambarkan perasaan rindu terhadap Allahyarham ibunya.
Tambahan lagi, percutian mereka kali ini tanpa kehadiran ibu tercinta, hanya kenangan dibawa bersama.
“Ternampak Dek Ta tulis ayat ni. Ya Allah, luluh hati. Sebak. Mungkin dia rasa ralat bercuti kali ni tanpa ibu.
“Nampak dari cara pandangan talita sangat-sangat kerinduan. Terima kasih pada yang mendoakan untuk talita dan yang menghadiahkan Al-fatihah untuk ibu (Siti Sarah Raissuddin),” tulis pengendali laman IG tersebut.
Hantaran tersebut turut mendapat perhatian Shuib yang telah mengucapkan rasa sayang kepada Dek Ta atau nama sebenarnya Dzahira Talita Zahra, 8.
“Sayang daddy #talita…”, tulis Shuib disertai emoji berbentuk hati.