Skip to main content

Trend Pasaran

"I Nak Guna Bahasa Kurang Ajar Tapi..." - Maya Karin 'Mengamuk' Di Twitter

untitled-design-(82).jpg
Jika anda mengikut perkembangan pelakon dan penyanyi Maya Karin di media sosial, anda akan perasan yang beliau merupakan seorang yang cintakan alam sekitar dan haiwan.
 
Disebabkan itu lah Maya Karin baru-baru ini dilihat berang dengan tindakan seorang lelaki yang mencampakkan mercun ke dalam laut yang dipenuhi hidupan singa laut.
 
Tanpa rasa bersalah, pemuda terbabit mencampakkan mercun sebelum puluhan singa laut bertempeliaran melarikan diri. Perkara itu sekali gus menimbulkan kemarahan aktres jelita itu.
 
"I nak guna bahasa yang sangat kurang ajar, tapi disebabkan mak ayah punya didikan I won’t. Sendiri punya imagination how much I wanna punch that sad cruel person. Please animal lovers, rise with me," katanya menerusi Twitter.  
Tindakan tidak berperikemanusiaan itu juga menimbulkan kemarahan warga netizen. Ini antara reaksi mereka.
 

Must-Watch Video

Advertisement