Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“I Pondan Oversea Tau!” - Dihalang Masuk Butik, 3 Transgender Mengamuk Tendang Pintu H&M

Gempak
12/02/2024 23:55 MYT
Tiga orang transgender tiba-tiba meraih perhatian netizen apabila rakaman video yang menyaksikan mereka mengamuk dan menendang pindu utama butik fesyen H&M tular di media sosial.

Menerusi rakaman berdurasi satu mini 12 saat tersebut, ketiga-tiga mereka dilihat cuba memasuki butik jenama antarabangsa cawangan Bukit Bintang, Kuala Lumpur itu namun tidak berjaya.

BERITA TRENDING: Taubat Jadi Pondan, Lelaki Nikahi Teman Wanita Lepas 8 Bulan Bercinta

Hal ini kerana, pintu masuk berkenaan telah pun dikunci dari dalam oleh pekerja butik berkenaan.

Tidak cukup dengan menendang, salah seorang daripada mereka bertindak menaburkan kepingan duit di hadapan butik berkenaan.

Namun, selepas ditabur, kepingan duit berkenaan dikutip sambil salah seorang daripada mereka menjerit: “Saya… I ni pondan oversea tau. I pondan oversea!”

BERITA TRENDING: "Kau Pondan Tak Ada Anak, Sedap-Sedap Nak Cakap Anak Aku ..." - Che Ta

Sungguhpun tidak dinyatakan sebab mengapa mereka berbuat demikian, namun, menerusi ruangan balas di platform X, ada yang mendakwa ketiga-tiga mereka tidak dibenarkan masuk kerana pernah ditangkap mencuri di tempat lain.



Sumber: Platform X

#Transgender #H&M #Bukit Bintang
;