Laman Utama
“I Said Yes…”- Azhar Sulaiman Dedah Gadis Minta Jadi Menantu
Pelakon Azhar Sulaiman mendedahkan didatangi seorang gadis yang berhajat ingin menjadi menantunya.
Menurut Azhar dia tidak akan menjadi orang tengah kepada gadis berkenaan dan menyerahkan keputusan itu kepada anak lelakinya, Andika Rees Pahamin.
“Rees, she has personally asked me to be my menantu…..i said yes…..so how lar…this can’t go on Rees….Daddy tak suka jadi posmen,” tulis Azhar.
Pelakon yang popular dengan filem Impian satu ketika dulu itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri yang sama Azhar memuat naik foto gadis yang difahamkan gadis tersebut.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memuji kecantikan wajah gadis tersebut.
“Cantiknya dia, sama padan dengan Rees,” puji salah seorang pengikutnya.
“Cantikkk lembut air mukanya,” kata salah seorang warga maya.
“Pandainyaa anak cari menantu yang solehah,” komen salah seorang netizen.
Rees mempunyai pasangan adik beradik kembar iaitu Kasih Iris Leona.
Azhar berkahwin dengan isterinya, Chempaka Emalin Pahamin dan mereka turut dikurniakan seorang lagi anak Kasih Leia Ixora.