"I Seriously Don't Have Any More Words For Him Other Than ..." - Vivy Yusof Terima Kejutan Hari Jadi

Zulaikha Yusof
Disember 14, 2018 09:50 MYT
Usahawan terkenal dan pengasas jenama FashionValet, Vivy Yusof dikejutkan dengan majlis sambutan ulang tahun kelahiran ke-31 di kawasan 'food truck', Taman Tun Dr Ismail.
Menurut Vivy, suaminya Fadza Anuar sangat mengenali dirinya dengan menempah keseluruhan kawasan 'food truck' bersama kehadiran kenalan rapat bagi meraikan hari istimewa tersebut.
Vivy juga mendedahkan pada keesokkan harinya Fadza membawanya ke Singapura.
Vivy juga turut meluahkan rasa terima kasih kepada suami kesayangan dan keluarga kerana bersusah payah merancang majlis ulang tahun tersebut.
Rata-rata pengikut Vivy meninggalkan komen dengan menginginkan suami seperti Fadza malah menganggap mereka adalah pasangan yang penyayang.
Vivy dan Fadza telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan telah dikurniakan tiga cahaya mata Daniel Azim Shah, Mariam Iman Shah dan Sarah Ilham Shah.
#Vivy Yusof #Fadza Anuar