Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“I Stand With My Palestinian People And For My Sister Bella Hadid” - Mimi Lana Batal Sesi Fotografi Bersama Dior

Azwa Rahman
22/05/2021 13:02 MYT
Pelakon Mimi Lana sanggup menarik diri daripada penggambaran jenama mewah Dior sebagai tanda sokongannya mempertahankan Palestin.

Menerusi laman sosial Twitter, Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 25, menjelaskan penarikan diri tersebut adalah selepas mendengar spekulasi pembatalan kontrak model antarabangsa, Bella Hadid bersama jenama itu kerana dia lantang memperjuangkan hak penduduk Palestin yang dirampas rejim Zionis.

Malah, dia turut berkongsi perbualan WhatsApp bersama dengan penata gaya sesi fotografi terbabit.



Sementara itu di ruangan balas, ada wargamaya yang menyatakan pembatalan kontrak Bella bersama jenama itu hanyalah khabar angin semata-mata kerana wajah model antarabangsa itu masih terpampang di laman Instagram Dior.

Mimi tidak mendiamkan diri dan terus-menerus menyatakan sokongan penuhnya pada Bella.

“Saya dengar juga tentang itu. Saya harap mereka tidak melakukan perkara itu kepadanya. Tapi untuk masa sekarang, saya mahu tunjukkan sokongan penuh pada orang-orang saya,” jelasnya lagi.

Bella baru-baru ini menjadi antara bintang ternama yang lantang berkempen di laman sosial miliknya dan turun padang berprotes bagi mempertahankan Palestin daripada terus dizalimi rejim Zionis.

Terdahulu, adik kenapa supermodel Gigi Hadid, Bella dikatakan tidak lagi dinamakan sebagai wajah jenama barangan mewah Perancis itu gara-gara kelantangannya menzahirkan sokongan terhadap Palestin.

Tampil mempertahan Bella, netizen seluruh dunia turut mengecam bintang Wonder Woman Gal Gadot yang mempertahankan negara kelahirannya, Israel.
#Bella Hadid #Palestin #Mimi Lana #Jenama Dior
;