Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“I Tahu U Penyampai Radio Bahasa Inggeris, Tapi Sebut Ringgit Jadi Ring-It…Apa Hal Kau?!” – Adibah Noor

Fiza Kamarudin
25/02/2022 07:40 MYT
Penghibur versatil, Adibah Noor pelik dengan sesetengah penyampai di stesen radio berbahasa Inggeris tempatan yang tidak menyebut sesuatu perkataan dengan betul.

Sebagai contoh katanya, perkataan ‘Ringgit’ yang disebut sebagai ‘Ring-It’, sedangkan sudah jelas dan nyata semuanya berasal dari Malaysia.

Adibah turut menyifatkan ia sebagai mengada-ngada kerana dengan sengaja menggunakan slang yang tidak kena.

“I tak fahamlah kadang-kadang bila dengan english radio ni kan, I tahu you apenyampai radio berbahasa Inggeris.

“Tapi jika awak orang Malaysia dan memang bersekolah di sini, bukan orang putih atau orang luar negara.

“Tolonglah jangan mengada-ngada nak sebut ‘Ringgit’ sebagai ‘Ring-It’ hanya sebab awak penyampai radio berbahasa Inggeris.

“Daripada kecil sampai besar sekolah rendah, sekolah menengah ‘Ringgit’ tiba-tiba jadi mat salih tak boleh sebut ‘Ringgit’ sampai jadi ‘Ring-It’.

“Apa hal kau?”, tegurnya menerusi sebuah hantaran video di Instagram.

Adibah sebelum ini pernah menegur ucapan seorang menteri kerana tersalah menyebut beberapa perkataan dalam bahasa Inggeris.

Sebelum bergelar penghibur, Adibah atau nama penuhnya Adibah Noor Mohamed Omar, merupakan seorang guru Bahasa Inggeris selama 10 tahun.

Foto: @rashidzainolx

#Oh My English #Adibah Noor #Kata Nama Khas #Ringgit
;