Usahawan kontroversi, Nur Sajat sekali lagi menarik perhatian netizen dan pengikutnya apabila dia berbicara tentang kecantikan menerusi sesi siaran langsung yang diadakan di Instagramnya baru-baru ini.
Menerusi satu potongan video yang dimuat naik semula di TikTok itu, Sajat meluahkan tentang penampilan diri yang sering berhubung kait dengan perbelanjaan duit yang lebih daripada kebiasaan.