"I Taknak You Besar, Nanti Dah Kahwin You Tinggal Mommy" - Shima Anuar Teruja Anak Hampir Berusia Setahun!

Asraf Aided
November 13, 2018 09:23 MYT
Pelakon Shima Anuar berkongsi sekeping foto bersama anak perempuannya, Marian Sophia yang berusia 11 tahun.
Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.
Di ruangan kapsyen, Shima meluahkan rasa teruja melihat anaknya membesar dengan cepat.
"Happy 11 months old Marian Sophia, mana baby saya yang sebesar botol air Spritzer tu?
"She is a big girl now, 1 month to go to 1 year old.
"I taknak you besar, nanti dah kahwin you tinggal Mommy.
"Anak baru nak masuk setahun tapi dah fikir jauh!" tulisnya berseloroh.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen telah memuji kecomelan Marian dan menyifatkan Shima sebagai seorang ibu yang 'sweet'.
Shima mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 2010 dan sering muncul menerusi lakonan dalam filem serta drama tempatan.
#Shima Anuar