"I Train People, But As A Singer I Also Need To..." - Ernie Zakri Belajar Vokal Dengan Syafinaz

Asraf Aided
Februari 22, 2019 06:41 MYT
Penyanyi Ernie Zakri kini mengikuti latihan vokal bersama guru vokal terkenal, Datuk Syafinaz.
Perkara itu dikongsi Ernie menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya (IG) buat tatapan umum.
Menurut Ernie, walaupun dia juga merupakan seorang guru vokal, namun kualiti nyanyiannya harus dinilai oleh orang lain.
Di entri tersebut, Ernie memuat naik sepotong video ketika sedang mengikuti latihan vokal bersama Syafinaz.
"This was my second session with Datuk Syafinaz, I truly beleive that a singer should have a good and healthy practice.
"I train people, but as a singer I also need to train my muscle, we need someone to analyze our singing," tulisnya di ruangan kapsyen.
Dalam pada itu, Ernie turut meminta netizen mendoakan agar dia memperoleh kejayaan dari latihan vokal tersebut.
Ernie mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 2009 selepas menjuarai pertandingan Bintang RTM dan popularitinya bertahan sehingga kini.
#Ernie Zakri