“I Want To Do Everything On This Earth With You”- Nadiyah Shahab Honeymoon Selepas 7 Bulan Kahwin

Syafiqah Jalal
Julai 10, 2019 10:06 MYT
Pelakon Nadiyah Shahab akui baru berpeluang untuk bercuti dan berbulan madu dengan suaminya, Ben Ali selepas tujuh bulan mendirikan rumah tangga.
Nadiyah bersyukur kerana dia dan Ben akhirnya kini dapat bercuti bersama di Itali.
“After 7 months of being married, we finally found time for our honeymoon!! I want to do everything on this earth with you!! “ tulisnya
Nadiyah berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian tersebut dia memuat naik foto dan video bersama Ben di sana.
Rata-rata pengikutnya gembira melihat kemesraan mereka dan mendoakan agar pasangan tersebut berbahagia selamanya
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 11 November 2018