Hiburan

“I Want Salted Egg! Been Craving!” - Sharifah Sakinah Mengidam Salted Egg? Dah Kenapa?

gempak
Mya Amri
11/02/2019
06:34 MYT
Sponsor Banner
“I Want Salted Egg! Been Craving!” - Sharifah Sakinah Mengidam Salted Egg? Dah Kenapa?
Pelakon, Sharifah Sakinah meluahkan keinginannya untuk menikmati hidangan yang berkaitan dengan Salted Egg.
Menerusi video pendek yang dimuat di akaun Instagramnya, Sakinah seolah-olah mengidam dan hampir ‘gila’ jika tidak dapat menikmati makanan tersebut.
“Salted egg! I want salted egg! Salted egg! Salted egg! Yess! Find me Salted Egg! I’ve been craving for salted egg!” katanya berulang-ulang kali dalam video tersebut.
Difahamkan, Sakinah telah mencuba mencari hidangan Salted Egg di Hawaii namun tidak berjaya.
Video pendek itu juga merakamkan Sakinah memohon pengikut Instagram berkongsi lokasi yang menjual makanan popular berkenaan.
Jika di Malaysia, hidangan popular itu boleh dinikmati dengan pelbagai lauk antaranya ayam, udang, ketam dan juga sotong. Foto: Flickr.com
Cuba bayangkan, sotong digoreng ranggup dan kemudiannya disalut pula dengan kuah telur masin dan dihidangkan bersama nasi putih beserta sup. Fuhhh! Nikmat betul! Foto: Dapur Kreasi
Memang tidak hairanlah mengapa Sakinah begitu teringin untuk menikmati hidangan berkenaan sehingga sanggup terbang kembali ke Malaysia.
Mari kita lihat perjalanan Sakinah yang berusaha untuk mendapatkan hidangan kegemarannya.
Jika anda penggemar hidangan Salted Egg, mungkin anda boleh kongsikan dengan Sakinah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024