Hiburan

"I Want You To Go! Tanpa Sebab Yang Kukuh Dan Penuh Angkuh. Sekarang..." - Wow! Ahmad Idham Perli Siapa?

gempak
Badrul Hashim
02/03/2020
08:00 MYT
Sponsor Banner
"I Want You To Go! Tanpa Sebab Yang Kukuh Dan Penuh Angkuh. Sekarang..." - Wow! Ahmad Idham Perli Siapa?
Akhir tahun lalu timbul isu panas apabila Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Ahmad Idham diumumkan akan meninggalkan jawatan tersebut lebih awal daripada tempoh sebenar.
Kenyataan itu dikeluarkan oleh Finas selepas Ahmad Idham 'direhatkan' selama dua bulan sebelum dikatakan meminta untuk ditamatkan perkhidmatannya lebih awal iaitu pada 10 Mac 2020 dan bukannya 10 Mac 2021.
Menteri Komunikasi Dan Multimedia ketika itu, Gabind Singh Deo memberitahu belum ada sesiapa calon yang dipilih untuk menggantikan Ahmad Idham.
Baca: “Belum Ada Calon Gantikan Tempat Ahmad Idham” – Menteri Komunikasi dan Multimedia
Namun kemelut tersebut tidak habis di situ sahaja apabila sekumpulan penggiat seni tanah air mendesak Menteri Komunikasi dan Multi Media, Gobind Singh Deo serta pengerusi Finas, Datuk Hans Isaac untuk meletak jawatan.
Baca: Persatuan Penggiat Seni Desak Gobind Singh Deo, Hans Isaac Undur Diri
Hans kemudiannya membuat kenyataan bahawa dia tidak akan tunduk dengan sebarang desakan untuk meletakkan jawatan kerana dia dilantik oleh menteri dan hanya menteri sahaja boleh memecat beliau.
Baca: "Menteri Sahaja Yang Boleh Pecat Saya" - Hans Isaac
Ahmad Idham yang sebelum ini direhatkan kemudiannya kembali semula bertugas. Ketika sidang media Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31), Ahmad Idham berkata dia kembali bertugas demi industri.
Beliau juga menafikan terdapat dua kem iaitu kem beliau dan kem Hans Isaac dalam Finas.
Baca: "Saya & Hans Kekal Hubungan Secara Profesional" - Ahmad Idham Nafi Wujud Dua Kem Dalam FINAS
Namun setelah kemelut yang berlaku dalam politik Malaysia baru sahaja hampir reda, Ahmad Idham memuat naik satu kenyataan di Instagram miliknya.
"I want you to go"... Without any solid reason and with arrogance. You said this right to my face. Now Allah's will look who is out 1st... you!!!" Kuasa Allah, tulis Ahmad Idham.
A post shared by احمد ادحم (@ahmad_idham) on
Beberapa orang selebriti dan mereka yang telibat dalam seni seolah-olah tahu kepada siapa Ahmad Idham menujukan ayat tersebut.
Ahmad Idham dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Finas pada 11 Mac 2019 menggantikan Shakib Ahmad Shakir yang menjadi pemangku ketika itu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live