“I Want You To Marry Again!”- Alamak! Kenapa Pula Anak Raf Yaakob Minta Bapanya Kahwin Lagi?

Syafiqah Jalal
November 30, 2018 05:01 MYT
Pelakon Raf Yaakob terkejut apabila anak perempuannya, Raysaa Chanela, 3, memintanya untuk berkahwin lagi.
Namun setelah mendengar penjelasan Raysaa rupanya anaknya mahu bapanya berkahwin dengan isterinya sekarang, Mawar Rashid.
Semuanya gara-gara Raysaa tidak berpeluang menghadiri majlis resepsi mereka tahun lalu dan membayangkan di majlis tersebut mempunyai kolam renang untuknya bermandi-manda.
Raf yang terhibur dengan gelagat anaknya itu bagaimanapun melayan permintaan anaknya dengan memberitahu mereka akan mengadakan majlis perkahwinan selepas Mawar selamat melahirkan bayi mereka.
Namun menurut adik kepada Datuk Fazley itu majlis resepsi berkenaan mungkin diadakan ketika 10 tahun ulang tahun perkahwinan mereka nanti.
Gelagat keluarga itu dirakam menerusi sebuah video yang dimuat naik ke akaun Instagram (IG) Raf.
Rata-rata pengikutnya terhibur melihat aksi anaknya yang petah bercakap itu.
Raf dan Mawar mendirikan rumah tangga pada 9 November lalu.
Raysaa dan seorang lagi anak lelaki merupakan anak hasil perkahwinan Raf terdahulu.
#Kahwin #Anak #Kahwin #Mawar Rashid #Raf Yaakob