Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"I Was Lucky Enough To Share A Few Moments" - Michelle Obama Tribute Pemergian Cameron Boyce

Asraf Aided
10/07/2019 06:43 MYT
Isteri kepada bekas presiden Amerika Syarikat, Michelle Obama menulis tribute buat pemergian bintang Disney, Cameron Boyce yang meninggal dunia minggu lalu.

Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun rasmi Instagram miliknya buat tatapan umum.

Menurut Michelle, beliau berasa bertuah kerana dapat berkongsi detik indah ketika bertemu pelakon itu beberapa kali sebelum ini.

Selain itu, Michelle juga memuji bakat serta sikap dan kebaikan Cameron, bekas 'First Lady' itu menulis kapsyen berbunyi :

"I was lucky enough to share a few moments with Cameron Boyce—on set, at the White House, and on a service project.

"Cameron bukan sahaja memiliki bakat besar, malah dia mempunyai hati dan jiwa yang luhur. Mesej ini juga ditujukan kepada ahli keluarganya, rakan-rakan serta ribuat peminat Cameron.


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut Michelle turut bersedih dengan pemergian Cameron, dan memuji kebaikan Michelle yang tampil menulis mesej tribute tersebut.

I was lucky enough to share a few moments with Cameron Boyce—on set, at the White House, and on a service project—enough time to recognize that not only did he have incredible talent, but also an incredible heart. Sending out a lot of love and hugs to his family, friends, and his many, many fans.

A post shared by Michelle Obama (@michelleobama) on


Cameron terkenal dalam filem terbitan Disney 'Descendants' dan mengehembuskan nafas terakhir pada usia 20 tahun akibat mengalami masalah kesihatan.

BACA : Bintang Disney Cameron Boyce Meninggal Dunia Pada Usia 20 Tahun

#Michelle Obama #Cameron Boyce
;