"I Wish I Can See You Blow Those Candles Out Every Year" - Ini Ucapan Menyentuh Hati Lee Chong Wei Buat Anaknya

Rozaimi Zubaidi
Julai 11, 2019 06:45 MYT
Bekas jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei, bersyukur apabila dapat meluangkan masa untuk meraikan ulang tahun kelahiran anaknya, Terrance pada tahun ini.
Menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya (IG), Chong Wei berharap agar anaknya supaya membesar dengan sihat dan gembira dapat menyambut bersama keluarganya.
"Yesterday is my youngest son Terence’s 4 years old birthday. You have brought nothing but happiness into my life, both of you.
"You boys have taught me so much, to become a better father, better husband and a better man.
"I wish I can see you blow those candles out every year, for as long as you allow me to.
"Please don't grow up too fast. Happy birthday son. Papa mama love you," tulisnya.
Chong Wei dan isterinya Wong Mew Choo mendirikan rumah tangga pada 9 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Kingston, 6, dan Terrance yang kini berusia empat tahun.
Terdahulu, Chong Wei sah mengumuman pesaraannya selepas 19 tahun berada dalam arena sukan badminton.
Menurut Chong Wei, keputusan itu dibuat selepas mendapat nasihat daripada doktor akibat masalah kanser hidung yang dihadapinya.
#Anak #Lee Chong Wei