Pelakon Ummi Nazeera terpanggil untuk mengulas mengenai situasi golongan selebriti yang sewenang-wenangnya mudah untuk membuka tudung.
Kata Ummi, dia merasakan tindakan seseorang individu memakai dan membuka semula tudung adalah tidak normal.
"Saya rasa itu tidak normal! Apa yang terjadi sejak kebelakangan ini saya berharap masyarakat tidak menerima perkara itu sebagai sesuatu yang normal.
"Apabila anda sudah bersedia, anda pakai tudung. Tetapi apabila anda tidak bersedia kemudian pakai tudung dan buka balik itu tidak normal. Tidak kiralah artis atau orang biasa," katanya menerusi temubual bersama Zayan.my.
Mengimbas semula ketika mula-mula berhijab, kata Ummi dia perlukan jalan untuk membimbingnya keluar daripada depresi.
"Saya pakai tudung sebab saya nak pakai tudung. Saya perlukan jalan untuk menolong saya daripada depresi.
"Jadi, saya memohon doa daripada rakan-rakan sekeliling saya tolong doakan saya. Saya risau saya pula yang buka tudung.
"Risau juga itu pengakhiran saya nanti. Mungkin sekarang ini saya bertudung, tetapi pengakhirannya saya tidak pakai tudung? Sama juga sebaliknya.
"Oleh itu saya doakan supaya mereka jumpa semula jalan itu. Iman turun naik itu normal tetapi Allah sangat sayangkan orang yang masih ingatkan dia. Apabila kita terlupa kita pusing balik," tambahnya.
Industri hiburan dikejutkan dengan tindakan beberapa selebriti wanita yang kembali membuka tudung sejak awal tahun ini.
Emma Maembong dan Fathia antara selebriti yang mendapat cemuhan ramai gara-gara tindakan terbabit.
Amri Hassan
Thu May 09 2019


Peraduan Gempak Most Wanted

Lelaki Diseksa, Sapu Minyak Panas Pada Alat Kemaluan Sampai Kencing Berdarah Kerana Hubungan Tak DiRestui
Mimpi ngeri hubungan cinta tak direstui keluarga.

Firasat Ibu Kuat, Pelakon Ditemui Mati Ditanam Belakang Rumah Lepas 5 Bulan Hilang
Misteri kehilangan pelakon drama akhirnya terjawab.

#OhAbeNik: Sempoi, Stailo 'Malas-Malas'! Ini Gaya OOTD Mudah Ala Bintang Hollywood Dengan Adidas Samba OG
Apa sebab korang perlu stick dengan Adidas Samba OG?

#PE3: Lakonan Jahat Sharnaaz Ahmad ‘Pukau’ Penonton, Jom Kita Throwback Watak ‘Villain’ Dalam Polis Evo 1 & 2
Mantah boh!

5 Cara Mudah Hilangkan Bulu Badan Yang Anda Boleh Cuba Di Rumah... Nombor 5 Tu Memang Mantap!
Shhh, ini rahsia kita

Tak Sampai Dua Tahun, Khidmat Bapa Anzalna Nasir Sebagai CEO Finas Ditamatkan
Profesor Dr. Md Nasir menerima bayaran sebulan gaji bagi menggantikan notis.

"Ni Neraka Namanya!"- Tak Tahan Panas, Michael Ang Tanya Bila Nak Winter
Michael Ang Tanya Bila Nak Winter?

#GempakMostWanted: Kawan Anak Buat Group WhatsApp Puji Ijoy Handsome, Amir Ahnaf Masih #1 Dalam Carta? Semak Apa Best Minggu Ni!
Pecah perut gelak bila ada family Sheira Ijoy ni!

Ke Tepi Robert De Niro, Al Pacino Bakal Dapat Anak Pada Usia 82 Tahun!
Hebatnya!