Hiburan
"Ianya Tahun Yang Sukar, Tetapi Cinta Kita Lebih Kuat" - Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Dazrin & Zulin
Suatu ketika dulu nama Dazrin Kamarudin sentiasa meniti di bibir peminat pelakon ini. Bukan sahaja kerana lakonannya, tetapi Dazrin turut menjadi igauan peminat yang meminatinya.
Bermula sebagai model, Dazrin menceburkan diri ke bidang lakonan. Pernah menjadi juara Fear Factor Malaysia bersama Hairul Azreen dan namanya setanding dengan pelakon ternama ketika itu seperti Pierre Andre, Awal Ashari, Bella Dally dan lain-lain lagi.
Mungkin nasib belum menyebelahinya, tetapi pelakon ini tetap berada dalam industri dan masih sama-sama memeriahkannya.
Hari ini, Dazrin menyambut ulang tahun keempat perkahwinannya bersama Nur Fazulin Razali atau Zulin.
"Happy fourth anniversary ? @8dazzling8 “It’s been a tough year, but our love is tougher.
"Thanks for staying so strong through it all. Here’s to us and to a brighter year ahead," tulis Dazrin pada satu entri di Instagramnya.
Dazrin yang berkahwin dengan Zulin pada 6 Mei 2016 dikurniakan dengan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Dazuki.