Pelakon dan penyanyi Nur Fazura berharap isu agama seperti ibadah, berhijab dan hijrah tidak perlu disensasikan oleh sesiapa.

Menurut Fazura isu tersebut merupakan perjalanan hidup seseorang yang terlalu peribadi untuk dihebahkan.

“Ibadah, hijab, hijrah. It is a person secret intention with Allah SWT.

“A personal jounery that should never be told or sensationalized by anyone else. Cukup-cukuplah. Penat,” tulisnya.

Fazura berkongsi luahan tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.

Entri tersebut mendapat perhatian rakan artis dan pengikutnya yang rata-rata memberikan kata-kata semangat dan positif.

Sejak Ramadan lalu, Fazura dilihat terus istiqamah dengan penampilannya yang manis berhijab sehingga kini.

Malah penampilannya itu mendapat pujian ramai yang dilihat semakin berseri dan jelita dalam setiap gambar yang dimuat naik ke akaun media sosialnya.

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Dalam pada itu, suaminya, Fattah Amin juga dalam dalam sidang akhbar secara virtual sempena pelancaran single terbaharunya yang berjudul Hamba pada Khamis berkongsi perasaannya.

“Alhamdulillah, itu sahaja yang boleh saya katakan mengenai penampilannya.

“Sebagai suami, penampilan Muslimah itu yang sentiasa saya doakan selama ini.

“Syukur, sekarang, dia pun sudah bertudung,” kongsinya ringkas.

Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 pada satu majlis tertutup di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata yang comel bernama Nur Fatima Aisya yang kini berusia sembilan bulan.