Hiburan

"Ibadah Tak Patut Dibuat Bahan Gurau" - Isu Tongkat Khutbah, Menteri Tampil Bersuara!

gempak
Hanafis Haris
25/05/2020
09:07 MYT
Sponsor Banner
"Ibadah Tak Patut Dibuat Bahan Gurau" - Isu Tongkat Khutbah, Menteri Tampil Bersuara!
Sejak semalam,gelagat sesetengah ketua keluarga atau suami yang menyampaikan khutbah hari raya dengan menggunakan pelbagai objek bagi menggantikan tongkat menjadi tumpual media sosial.
Walaupun kelihatan lucu, namun ada yang berpendapat ia sebagai tindakan yang mempermainkan agama.
Perkara itu kemudian mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri apabila ada individu yang bertanya di Twitter sama ada perlakuan itu sebagai memersendakan agama atau tidak.
Menerusi satu posting baru, Zulkifli kemudian menjawab ibdah tidak harus dibuat bahan gurauan.
Menurutnya, tiada masalah jika khutbah dibacakan tanpa tongkat kerana hukumnya adalah sunat.
"Cuma apabila ada tongkat, sebaiknya ianya adalah tongkat yang sebenar.
"Bukannya barang yang boleh dibuat gurauan kerana ia membabitkan ibadah," katanya.
Kenyataannya itu kemudian menarik perhatian ramai warga maya yang memberikan pendapat mereka.
Rata-ratanya menganggap penggunaan selain tongkat adalah agak keterlaluan. BACA: Siap Ganti Pakai Pedang & Batang Pancing? Ini Hukum Dan Maksud Sebenar Memegang Tongkat Ketika Khutbah!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live