Kisah seorang ibu kepada 10 anak dikenali sebagai Kak Ros ini pernah tular sekitar minggu lalu.

Nasib malang Kak Ros Kak Ros atau nama sebenarnya Rosliza Hassan yang terpaksa keluar dari rumah sewanya seminggu sebelum Ramadan ternyata menyentuh perasaan netizen.

Namun, apa yang lebih membuatkan ramai terharu adalah adalah kehadiran seorang pemuda Cina dikenali sebagai Keow Wee Loong yang tampil mendedahkan kesusahan dialami wanita tersebut.

Hasilnya, ramai tampil membantu Kak Ros mendapatkan rumah sewa baru dan beberapa lagi bantuan lain.

Malah, terbaru Kak Ros dikatakan telah bangkit mengubah nasibnya dengan melakukan perniagaan secara kecil-kecilan.

Difahamkan, Kak Ros kini rancak menjana pendapatan sendiri melalui berniaga di bazar Ramadan dan ia merupakan hasil bantuan Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong dan Adun Machang Bubuk, Lee Khai Loon.

Kak Ros secara rasminya mula berniaga di Bazar Ramadan Alma, berdekatan dengan tempat tinggal barunya di Machang Bubuk, pada hari kedua Ramadan.

Sehingga kini, jualan pada 1 Ramadan Kak Ros mendapat keuntungan RM700.

“Daripada diusir menjadi ‘homeless’ bersama 10 anak, dia kini berjaya membuka perniagaan dan menghasilkan pendapatan RM700 sehari.

“Perubahan dalam masa seminggu, from zero to hero. Happy Ramadan,” tulis Keow Wee Loong menerusi satu posting di Instagram Storynya baru-baru ini.