Ibu Aaron Aziz Meninggal Dunia, "Ambil Lah Segala Kerja Amal Ku Untuk Menemani Di Alam Barzakh"

Zulaikha Yusof
November 7, 2020 23:04 MYT
Ibu kepada pelakon Datuk Aaron Aziz, 44, iaitu Juriana Jaafar telah meninggal dunia, malam tadi.
Berita sedih itu dimaklumkan menerusi posting terbaru di akaun Instagram (IG)nya.
"Innalillahwainailaihirojiuun. Ya Allah ambillah pahala daripada ibadat umrahku serta selamatkanlah ibuku, Juriana Jaafar dari seksa kubur dan api neraka.
"Ambil lah segala kerja amal ku untuk menemani Ibuku di Alam Barzakh. Dan tempatkan lah Ibuku di antara hamba hamba MU yang akan menikmati Jannahtul Firdaus A’la.
"Allahummaghfirlaha warhamha wa ‘afihi wa’fuanha. Saya sayang ibu lebih daripada segala-galanya di dunia ini," tulisnya.
Terdahulu, pelakon filem KL Gangster 2 itu ada memuat naik foto di hospital dan berharap arwah akan terus kuat.
Gempak mengucapkan salam takziah kepada Aaron dan seluruh ahli keluarga, semoga roh arwah dicucuri rahmat Allah.
#Aaron Aziz #Meninggal Dunia #Ibu