Ibu & Adik-Beradik ‘Unfollow’ & Delete Foto Pertunangan…Viral Whatsapp Dakwa PU Riz, Neelofa Sudah Bernikah?
Fiza Kamarudin
26/12/2020 15:44 MYT
26/12/2020 15:44 MYT
Pelbagai spekulasi mengenai hubungan personaliti dan usahawan popular Neelofa, selepas ibu dan adik-beradiknya berhenti mengikuti PU Riz di laman sosial Instagram (IG).
Lebih hangat lagi apabila kesemua mereka (ahli keluarga Neelofa) memuat naik status hampir sama di ruangan IG Stories masing-masing seperti memberi bayangan bahawa ada ‘sesuatu yang tidak kena’.
Menerusi tinjauan Gempak di akaun IG ibu artis berkenaan, Datin Noor Kartini Noor Mohamed, foto-foto ketika majlis merisik anak kesayangannya pada 1 November lalu juga dipadam.
Perkara tersebut yang disedari netizen sejak petang tadi (Sabtu) mula menjadi perbualan dan rata-rata meneka pasangan tersebut kini sedang mempunyai masalah dalam hubungan mereka.
Ada yang berpandapat ikatan pertunangan Neelofa dan PU Riz sudah terputus, namun sehingga kini perkara tersebut belum dapat disahkan.
Lebih panas lagi paparan skrin yang mendakwa kononnya Neelofa dan PU Riz sudah berkahwin turut tular di laman sosial.
Menerusi paparan skrin terbabit, ada dinyatakan Neelofa dan PU Riz telah dinikahkan bapa kandung pemilik jenama Naelofar itu di Kelantan.
Individu di dalam Whatsapp itu juga mendakwa Neelofa kini sedang menjalani rawatan alternatif kerana terkena ilmu pengasih.
Bagaimanapun usaha Gempak untuk mendapatkan kenyataan daripada pengurusan Neelofa dan PU Riz mengenai dakwaan tersebut belum mendapat sebarang maklum balas.
Apa pun yang berlaku, diharap kemelut yang berlaku dapat diselesaikan dengan cara baik oleh kedua-dua belah pihak, biarpun spekulasi demi spekulasi mula bertebaran.