Hiburan

Ibu Ali Puteh Masuk Hospital Sebab Serangan Asma, "Mak Ditidurkan & Guna Alat Pernafasan ..."

gempak
Zulaikha Yusof
18/12/2020
07:25 MYT
Sponsor Banner
Ibu Ali Puteh Masuk Hospital Sebab Serangan Asma, "Mak Ditidurkan & Guna Alat Pernafasan ..."
Pelawak Ali Puteh memaklumkan ibunya, Sabariah Arshad telah dimasukkan ke Hospital Selayang, Selangor pada malam Khamis akibat serangan asma.
Menurut Ali atau nama sebenarnya, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 31, ibunya ditidurkan dan perlu menggunakan alat bantuan pernafasan.
"Salam Jumaat penghulu segala hari. Kecemasan ke Hospital Selayang sebab semput.
"Mak di hospital dan keadaan mak masih ditidurkan dan menggunakan alat pernafasan. Semoga mak kuat dan terus kuat," tulisnya.
Berita itu dimaklumkan menerusi entri yang dimuat naik di Instagram (IG) miliknya.
Dalam pada itu, adik kepada Allahyarham Abam Bocey ini turut memohon agar semua orang mendoakan kesihatan ibunya supaya cepat kembali sembuh.
"Doakan buat mak semoga semuanya kembali sediakala. Allah uji tanda Allah sayang. Segala puji bagi Allah. Doakan buat mak ya. Amin," tulisnya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live