Ibu Aliff Aziz Coretkan Kata-Kata Semangat Buat Anaknya - “Kamu Tidak Mempunyai Niat Buruk Terhadap Sesiapa..”
09/07/2024 23:55 MYT
Selepas kes kontroversi khalwat yang membabitkan aktor sensasi, Aliff Aziz dan aktres Ruhainies, setiap hantaran yang dibuat ibunya, Siti Hafiza Bashaharil pasti meraih perhatian wargamaya.
Terbaharu, Hafiza menitipkan ucapan kata-kata pemberi semangat buat anaknya iaitu Aliff Aziz.
Doa yang baik-baik
Menerusi hantaran di akaun Instagramnya, Hafiza hanya mendoakan yang baik- baik sahaja untuk anak lelakinya itu.
“Masyaallah alhamdulillah tabarakallah semoga Allah memberkati kamu dengan kemudahan sayang @iamaliffaziz kamu tidak sempurna tetapi tiada siapa pun yang sempurna.
“Walaupun buat kesilapan tapi kamu tidak mempunyai niat buruk terhadap sesiapa,” tulisnya.
Sementara itu, Hafiza turut berpesan agar pelantun lagu Sayang Sayang itu tetap meneruskan apa yang gemar dilakukan sejak kecil.
ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Terhibur Bila Puteri Sarah Tanya Bella Astillah - “Awak Pandai Nangis Tak?”, Sarah Yasmine Pun Komen Juga
“Syukur teruskan dan lakukan apa yang membuat anda bahagia sejak kecil. Semangat menyanyi. Jangan toleh ke belakang sebaliknya ke hadapan dengan rahmat Allah aamiin allahumma aamiin Mu,” tambahnya lagi
Terdahulu, perkahwinan antara Aliff Aziz dan pelakon Bella Astillah akhirnya terlerai selepas pasangan ini bercerai talak satu pada 13 Jun lalu.
ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz Sedih Ibu Jadi Mangsa Serangan Netizen - “Kerana Kekurangan & Kesilapan Saya Telah Meletakkan Dia Di Posisi Sebegitu”
Sejak Mac lalu, rumah tangga Bella dan Aliff, menjadi topik hangat apabila Aliff didakwa terbabit dalam kes khalwat bersama pelakon, Ruhanies, 32, di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada 9 Mac lalu.
Terdahulu, media melaporkan artis berstatus suami orang dan pasangannya seorang pelakon wanita, dicekup berkhalwat selepas didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah.
Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna yang masing-masing berusia tujuh dan empat tahun.