Hiburan

Ibu Allahyarham Nidza Afham Reda, Syukur Jenazah Sempurna - "Tiada Satu Pun Yang Patah, Allah Bagi Kesempurnaan"

gempak
Ernalisa
15/08/2024
13:19 MYT
Sponsor Banner
Ibu Allahyarham Nidza Afham Reda, Syukur Jenazah Sempurna - "Tiada Satu Pun Yang Patah, Allah Bagi Kesempurnaan"
Ibu kepada penyanyi Allahyarham Nidza Afham iaitu Irni Yusnita Istihat reda dengan ketentuan yang berlaku ke atas anak kesayangannya itu apabila jasad yang dilihatnya sempurna tanpa ada sebarang cela.
Menurut Yusnita dia tidak peduli dengan cara kematian anak lelakinya itu malah lebih tenang apabila doanya sebagai ibu dimakbulkan.
"Bila umi jumpa telefon dan wallet kita ada rasa macam mungkin dia ada dibawah. Jadi apabila Umi balik malam tu selepas report polis Umi terus solat dan berdoa 'Ya Allah kau pulangkanlah anak aku dalam keadaan yang sempurna sebagaimana kau beri aku ketika dia lahir dengan sempurna'.
"Bagaimana pun berlaku kepada Afham kepada ajalnya, umi sudah tak peduli sebab Allah itu satu, kalau ada yang berniat jahat pasti akan dapat balasan," katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Felda Bukit Cherakah pada Khamis.
Yusnita yang berkali-kali melahirkan rasa syukurnya turut memberitahu jenazah anaknya dalam keadaan sempurna.
"Apabila masuk tengok raut wajah Afham dan ketika itu Umi duduk ketika proses mandikan jenazah Umi dapat lihat tiada satu pun yang patah Allah bagi kesempurnaan seperti mana Umi lahirkannya," jelas Yusnita ringkas.
Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata siasatan kes kematian Muhammad Nidza Afham Mokhtar, 23, diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR).
Bedah siasat telah dijalankan bermula kira-kira jam 11 pagi hingga 3 petang di Hospital Shah Alam pada Khamis.
Afham yang aktif membuat persembahan dilaporkan hilang selepas keluar berjogging di Stadium Sultan Suleiman, Klang seorang diri pada Selasa malam.
Teman wanita mangsa kemudiannya mengesan telefon bimbit mangsa berdekatan jambatan Sungai Klang selepas gagal dihubungi.
Susulan itu, keluarga mangsa bergegas ke tempat kejadian turut menemui telefon bimbit dan dompet milik mangsa.
Pada Rabu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mengesahkan mayat lelaki yang ditemui di sekitar jambatan Sungai Klang kira-kira jam 7 malam tadi adalah Nidza Afham.
Mayat mangsa ditemui oleh orang awam yang sedang memancing di kawasan berkenaan.
Jenazah akan melalui proses bedah siasat sebelum dikebumikan pada Khamis Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Cerakah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live