Laman Utama

Ibu Amyra Rosli Masuk Hospital Sebab Sesak Nafas, Amar Baharin Akur Tak Boleh Lawat - "Prosedur Sekarang Tak Mengizinkan"

gempak
Zulaikha Yusof
14/06/2021
02:55 MYT
Sponsor Banner
Ibu Amyra Rosli Masuk Hospital Sebab Sesak Nafas, Amar Baharin Akur Tak Boleh Lawat - "Prosedur Sekarang Tak Mengizinkan"
Pelakon Amar Baharin, 35, menyatakan ibu mentuanya, Noor Zaridah Ahmad terpaksa dikejarkan ke hospital swasta pada awal pagi Ahad selepas mengadu sesak nafas.
Menurut Amar atau nama sebenarnya Amar Mohd Baharin berkata keadaan kesihatan ibu Amyra Rosli makin pulih selepas mendapat rawatan.
Namun begitu, mereka masih perlu menunggu keputusan daripada pakar perubatan.
"Alhamdulillah dia baik-baik saja. Semalam tiba-tiba sesak nafas dan demam. Terus ditahan di wad. Sekarang tengah tunggu keputusan tapi pernafasan dah okey," katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, pelakon drama Derita Untuk Bahagia akur dengan peraturan hospital yang tidak membenarkan pelawat semasa pandemik Covid-19.
"Saya tak pergi melawat pun. Prosedur hospital sekarang tak mengizinkan," katanya secara ringkas.
Sebelum ini, menerusi Instagram (IG) Amyra berkongsi momen panik apabila ibu tercinta mengadu sesak nafas pada pukul 1 pagi.
"Malam tadi jam 1 pagi, mama sesak nafas jadi kami bergegas bawa mama ke emergency room dan sekarang masih menunggu semua keputusannya.
"Insya-Allah, saya akan update semua nanti. Terima kasih atas doa anda," tulisnya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat tidak putus mendoakan kesembuhan ibu pelakon drama Nur itu.
"@radin_era: Allahuakhbar.. Semoga mama cepat sembuh.
"@aarondwiaziz: Semoga Allah permudahkan segala urusan ya.
"@elvinamohamad: Semoga Allah permudahkan segalanya. Amin.
"@nad.zainal: Oh no.. Mama..harap okey. Myra, jaga diri. Semoga mama cepat sembuh.
"@farahdhiya_fd: Allahuakhbar. Semoga dipermudahkan oleh-Nya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live