VIRAL
Ibu Angkat Obesiti Dudukkan Kanak-Kanak Lelaki Sampai M*ut
Seorang kanak-kanak lelaki menemui ajal selepas ibu angkatnya yang merupakan obesiti bertindak ‘mendudukkan’nya kerana dia dianggap tidak berkelakuan baik.
Dakota Stevens, 10, berhenti bergerak selepas Jennifer Wilson yang seberat 154 kilogram duduk di antara leher dan wajahnya dalam satu insiden yang berlaku di Michigan.
Wilson mendakwa dia berbuat demikian selepas kanak-kanak itu melarikan diri dari rumahnya sebelum berkelakuan tidak baik setelah dia membawanya pulang dari rumah jiran.
Untuk menghentikan kelakuan kurang baik Stevens, Wilson telah duduk di atas kanak-kanak itu yang merebahkan dirinya di halaman rumah.
Pada waktu sama wanita itu menghubungi pegawai sosial Wilson sebelum kanak-kanak yang pada mulanya menjerit itu senyap serta tidak bergerak, berikut mengikut dokumen mahkamah yang dilihat oleh Express US.
Dia kemudian memberitahu polis menyangka kanak-kanak malang itu hanya berpura-pura sakit sehingga menyedari bahawa matanya telah tertutup dan tiada nadi. Stevens dikejarkan ke sebuah hospital berdekatan namun diumumkan telah meninggal dunia dua hari kemudian.
Ironi Stevens baru menjadi anak angkat Wilson selama satu bulan. Wanita itu juga memelihara tiga anak angkat lain di kediamannya.
Akibat tindakan tidak berperi kemanusiaan itu, Wilson dijatuhkan hukuman penjara selama enam tahun.
Must-Watch Video