HIBURAN
Ibu Anna Jobling Dakwa Ada ‘Plot Twist’, Jadi Panik & Menggigil Bila Terkurung Dalam Kereta - “Saya Cuba Buka Semua Pintu Tapi…”
Selepas peguam yang mewakili Anna Jobling tampil dengan video pada semalam, ibu kepada pelakon itu iaitu Ariz Arop pula muncul membuat siaran langsung bagi memberi penjelasan mengenai insiden yang berlaku.
Mengakui ada berlaku pergaduhan dengan Anna, Ariz turut mendakwa dirinya telah terkurung dalam kereta selepas anaknya itu dibawa keluar oleh peguam.
“Selepas saya bergaduh dengan dia dalam kereta dan bertenang sedikit, dia tanya saya bila nak balik dan saya cakap nanti dulu saya nak rehat sebab penat.
“Tapi tiba-tiba dia bad mood dan minta saya keluar daripada kereta, saya kecil hati bila dia cakap macam tu. Dia dah berubah tak macam dulu.
“Sekali tengok peguam dia datang lepas tu buka pintu, bertanya kepada Anna dia okay atau tidak dan bawa Anna keluar daripada kereta after a while tiba-tiba ada bunyi pintu dikunci dan saya cuba buka semua pintu memang tak boleh buka,” katanya.
Menurut Ariz, situasi itu membuatkan dia mula berasa panik dan cuba mencari jalan keluar dengan cuba memecahkan cermin kereta.
Bagaimanapun, dia mendakwa kedua-dua peguam itu datang menghampiri kenderaan milik Anna Jobling dan membuka semula kereta itu.
“So, saya tiba-tiba jadi panik, jantung dah cepat lepas tu, tiba-tiba berpeluh, kepala dah pening, mengigil. saya tak tahu nak buat apa , jadi saya cuba pecahkan tingkap.
“Tapi kemudian saya nampak ada seorang lelaki cuba menghampiri kereta dan berpaling ke belakang lihat dua orang peguam itu datang ke arah kereta dan buka kereta itu.
“Maknanya bila dia buka pintu tu memang pintu itu terkunci dan saya tak boleh bukak dari dalam, nampak kan lampu menyala jadi boleh nampak dia bukak benda tu,” tambahnya.
Terdahulu, kemelut hubungan anak-beranak itu menjadi perhatian selepas tular rakaman video Ariz mendakwa dirinya dilayan dengan hina oleh Anna, termasuk digelar seperti ‘anjing kurap’ dan diminta keluar dari kereta oleh peguam anaknya.
Pada Ahad lalu, Ariz turut memuat naik foto berada di balai polis, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi netizen. Difahamkan, wanita itu mendakwa Anna tergamak melakukan perintah injunksi terhadapnya.
Must-Watch Video