Ibu Anna Jobling Kongsi Foto Bersama Peguam - “8 Bulan Lalu Dia Juga Yang Uruskan…”
Ibu kepada pelakon Anna Jobling, Ariz Arop mencuri perhatian netizen selepas berkongsi gambar bersama peguam, Datuk Akberdin.
Menerusi hantaran di Instagram, Ariz memberi bayangan mengambil perkhidmatan guaman untuk menyelesaikan isu yang sedang hangat diperkatakan sekarang.
“Kebenaran adalah kebenaran meskipun tiada siapa yang percaya. Pembohongan adalah pembohongan walaupun semua orang mempercayainya.
“Terima kasih Datuk Akberdin & Co, peguam saya sejak dari hari pertama yang sentiasa bersama saya yang mengetahui segalanya.
“Lapan bulan lalu, Datuk juga yang menguruskan kes injunksi dan hari ini kita bertemu lagi. Cerita yang lain pula alhamdulillah. Terima kasih Datuk, anda memang yang terbaik,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar segala urusan Ariz dipermudahkan.
Terdahulu, kemelut hubungan anak-beranak itu menjadi perhatian selepas tular rakaman video Ariz mendakwa dirinya dilayan dengan hina oleh Anna, termasuk digelar seperti ‘anjing kurap’ dan diminta keluar dari kereta oleh peguam anaknya.
Pada Ahad lalu, Ariz turut memuat naik foto berada di balai polis, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi netizen. Difahamkan, wanita itu mendakwa Anna tergamak melakukan perintah injunksi terhadapnya.