Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Ibu Arwah Ashraf Sinclair Lukis Bunga Lili Kuning Untuk BCL, Adakan Tahlil Menerusi Aplikasi Zoom

Zulaikha Yusof
01/06/2020 05:17 MYT
Ibu kepada Allahyarham Ashraf Sinclair, Khadijah Abdul Rahman melukis foto bunga lili berwarna kuning yang berada di pusara anak lelaki kesayangannya.

Menerusi Instagram (IG) miliknya, Khadijah atau dikenali sebagai Dida menyatakan lukisan yang diwarnakan itu dihadiahkan kepada menantunya, Bunga Citra Lestari (BCL) sebagai tanda ingatan memandangkan waktu sekarang mereka tidak dibenarkan untuk menziarahi pusara Allahyarham.

"Saya melihat bunga lili kuning ini di pusara awak. Saya lukis dan mewarnainya, untuk Bunga.

"Oleh kerana kami tidak dapat menziarahi awak kerana 'lockdown', sekurang-kurangnya saya harap lili manis ini akan selalu mengingatkan kita pada awak. Rehat dengan tenang. Amin,"tulisnya.

Assalamualaikum. Al-Fatihah. 100 days had passed by. 'Ashraf, we missed you. Alhamdulillah, we had a small group recited yasin and tahlil via zoom. Its was beautiful and humble. I believed you were with us too. This yellow lily was captured at your makam. I drew and coloured it, for Bunga. Since we could not visit you due to lockdown, at least I hope this sweet lily will always remind us of u, at rest, peacefully, Aamiin'.

A post shared by Khadijah A Rahman-Sinclair (@dida_sinclair) on


Dalam pada itu, Dida mendedahkan sempena 100 hari pemergian arwah Ashraf, mereka sekeluarga bersama-sama membuat tahlil di rumah menggunakan aplikasi Zoom.

"100 hari telah berlalu. Ashraf, kami merindui awak. Alhamdulillah, kami mempunyai kumpulan kecil membaca yasin dan tahlil melalui Zoom.

"Ia cantik dan merendah diri. Saya percaya awak juga bersama kami. Assalamualaikum. Al-Fatihah," tulisnya lagi.

Dida setia menemani BCL dan cucunya, Noah Sinclair yang menetap di Indonesia sejak hari pertama arwah meninggal dunia.

BACA: "Kami Nak Lihat Noah Membesar Menjadi Lelaki Yang Baik, Bahagia .." - Ibu Mertua BCL Tak Putus Bagi Semangat Dari Malaysia

BACA: Curahan Hati Adam, Aishah Dan Dida Selepas 60 Hari Pemergian Ashraf Sinclair

BACA: "Tak Sangka Itu Aidilfitri Terakhir Kita" - BCL Luah Rasa Cinta & Rindu Terhadap Ashraf Menerusi 'Dear Love...'

Terdahulu, suami BCL, Ashraf telah dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung kira-kira pukul 4.00 pagi (waktu tempatan) pada 18 Februari lalu.

Allahyarham telah dikebumikan di kompleks pemakaman San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat, Indonesia.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan anak lelaki bernama Noah berusia 10 tahun.


#Ashraf Sinclair #BCL #Dida Sinclair #Bunga Lily
;