Laman Utama

Ibu Azhan Rani Puji Watak Wahid Dalam Mat Kilau - “Beto, Mak Aku Kata ‘Pandai Beto Ni, Mak Nangis Masa Dia Mati’…”

gempak
Izwan Isa
04/07/2022
12:50 MYT
Sponsor Banner
Ibu Azhan Rani Puji Watak Wahid Dalam Mat Kilau - “Beto, Mak Aku Kata ‘Pandai Beto Ni, Mak Nangis Masa Dia Mati’…”
Sejak diluncurkan di seluruh pawagam tempatan baru-baru ini, filem epik Mat Kilau mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.
Masakan tidak, hanya dalam seminggu tempoh tayangan, filem arahan Syamsul Yusof itu berjaya meraih kutipan sehingga RM23.3 juta.
Betapa besarnya impak filem berkenaan dalam kalangan penonton. Tidak kira usia mahupun latar belakang, masing-masing dilihat berpusu-pusu turun ke panggung wayang untuk menonton.
Hal ini turut dilalui oleh pelakon Azhan Rani yang membawa ibu tercinta untuk menyaksikan Mat Kilau di pawagam.
“Beto, mak aku kata ‘pandai Beto tu, mak nangis masa dia mati’.
“Buat Syamsul Yusof dan seluruh team produksi Mat Kilau, terima kasih, terima kasih dan terima kasih,” katanya menerusi kemas kini di Instagram.
Azhan turut berkata, filem Mat Kilau berjata membuatkan dadanya berkobar-kobar dengan semangat bangsa dan kenegaraan dalam dirinya.
“Alhamdulillah. di celah-celah filem blockbuster Hollywood di kiri kanan panggung yang aku tengok ni, aku tengok filem melayu buatan Malaysia yang sebaris dengan apa yang mereka selalu hasilkan. Meremang, gila, hebat.
“Lepas filem bukit kepong belum ada lagi filem tempatan yang buat dada aku berkobar-kobar dengan semangat bangsa dan kenegaraan sampailah filem Mat Kilau ni,” katanya.
Nak tonton banyak lagi movie menarik? Terus jer ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 untuk lebih banyak filem hebat! Macam-macam movie ada!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024