VIRAL

Ibu Bapa Bengang, Dakwa Guru Baling Kotak Pensel Pada Anak Hingga Cedera

Khairil Khusyairi 22/05/2025 | 10:37 MYT
Tular di media sosial sepasang suami isteri meluahkan rasa bengang apabila mendakwa seorang guru membaling kotak pensel ke kepala anak mereka hingga menyebabkan kecederaan.
Menerusi perkongsian video yang dikongsi Caprice, kanak-kanak itu berkata dia melarikan diri ketika dipanggil guru tersebut, lalu guru itu membaling kotak pensel ke arahnya.
“Kalau kena mata, boleh jadi buta.
“Maaf tetap maaf, tapi biar jadi pengajaran,” kata bapanya.
Dalam pada itu, Ibu kanak-kanak tersebut juga meluahkan rasa bimbang jika anaknya akan trauma untuk ke sekolah.
“Cikgu tu kena fikir, mungkin lepas ni dia trauma. Saya tak kisah sangat, tapi ini sampai pecah kepala, dah melebih” katanya.
Pasangan itu juga bercadang mengambil tindakan agar kejadian sebegini tidak berulang.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan guru tersebut.
#Anak #Cedera #Guru #Pelajar #Ibu Bapa #Dakwa