gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Nam Ron Muncul Dalam Pementasan Teater ‘Persiapan Seorang Aktor’, Selongkar Kisah Pelakon Lelaki Obses Kesempurnaan
FILEM
Filem ‘Misteri Rumah Darah’ Kembali Hidupkan Trauma Lama, Adaptasi Rancangan TV Ikonik 2000-an
HIBURAN
Netizen Terhibur Tengok Akhyar Rashid Jadi MUA Eyka Farhana Dalam Flight - “Kenapa Aku Yang Senyum Sorang Ni?
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Ibu Bapa Bergaduh Bercerai, Anak Pula Trauma! Iklan Raya Pekin Ibrahim, Mona Ellen, Amir Nafis Trending - "Tak Sangka Jadi Penjenayah Sebabkan ..."

Amri Hassan
Amri Hassan
24/03/2025
13:29 MYT
Sponsor Banner
Ibu Bapa Bergaduh Bercerai, Anak Pula Trauma! Iklan Raya Pekin Ibrahim, Mona Ellen, Amir Nafis Trending - "Tak Sangka Jadi Penjenayah Sebabkan ..."
Sebuah iklan Hari Raya menyayat hati yang menampilkan Amir Nafis, Pekin Ibrahim, dan Mona Allen telah mencuri perhatian ramai apabila ia mengangkat kisah seorang anak yang mengalami trauma akibat perceraian ibu bapanya.
Iklan dari Bateriku yang berjudul Battery Killer Raya ini bukan sahaja mendapat hampir 230,000 tontonan di TikTok, malah turut dikongsikan semula di aplikasi X, menerima pelbagai komen positif daripada warganet.
Tak sangka jadi penjenayah sebab bateri kereta je 🤣 pic.twitter.com/BYJmEzACtd
— brgsjks (@brgsjks) March 22, 2025
Menjadi episod terakhir dalam siri Battery Killer, video ini akhirnya merungkai misteri di sebalik identiti Battery Killer, iaitu watak Syawal yang dilakonkan oleh Amir Nafis.

Gaduh sebabkan bateri

Dalam penceritaan dramatik ini, Syawal digambarkan sebagai individu yang sering ‘membunuh’ bateri kereta orang lain setiap kali musim perayaan.
Namun, tindakan ini bukan sekadar perbuatan nakal namun berpunca daripada trauma masa kecilnya.
Iklan ini membawa penonton kembali ke 15 tahun lalu, ketika Syawal masih kecil dan menyaksikan pertengkaran sengit antara ibu bapanya sewaktu dalam perjalanan pulang ke kampung pada Hari Raya.
Pergaduhan itu tercetus akibat masalah bateri kereta yang akhirnya menjadi titik tolak kepada perceraian mereka.
Sejak itu, Syawal membesar dengan perasaan marah dan dendam, serta memilih untuk menyebabkan kesusahan kepada orang lain dengan merosakkan bateri kereta mereka. Setiap kali menjelang Raya, dia dihantui kenangan pahit perpecahan keluarganya.
Namun, dalam satu babak yang penuh emosi, Syawal akhirnya bertemu dengan bapanya, yang dilakonkan oleh Pekin Ibrahim. Bapanya, yang kini menyesali perbuatannya, meminta maaf atas kesilapan lalu, menyedari bahawa pertengkaran mereka dahulu telah memberikan kesan mendalam kepada anaknya.
Di media sosial, ramai yang memuji keberanian iklan ini dalam mengetengahkan isu serius seperti kesan perceraian terhadap anak-anak dan kepentingan penyelenggaraan kenderaan menjelang musim perayaan.

Trauma 15 tahun

Rata-rata warganet turut mengapresiasi kritikan sosial yang disampaikan dalam iklan ini, terutama mengenai bagaimana pertengkaran ibu bapa di hadapan anak-anak boleh meninggalkan kesan trauma yang berkekalan.
Selain itu, iklan ini turut membuka perbincangan mengenai peningkatan kes perceraian dalam kalangan selebriti dan influencer, di mana anak-anak sering menjadi mangsa keadaan apabila kisah peribadi ibu bapa dikongsikan di media sosial.
"Battery Killer pun boleh. Itulah pengajaran dia, mak bapa tak payahlah bergaduh depan anak. Trauma anak beza-beza.
"Walau iklan ini sebab bateri je, tapi boleh ambil pengajaran trauma anak.
"Punca bateri kereta je wei, trauma sampai ke besar," demikian ciapan beberapa warganet.
@bateriku.com Iklan Raya 2025 | Battery Killer Raya 🌙🕌 Adakah Battery Killer bakal mengganas atau kembali ke pangkal jalan di Hari Raya ini? 🫣 Ingat! Bateriku beroperasi seperti biasa di Hari Raya ini. Dapatkan diskaun RM30 dengan promo code RAYA30 semasa menukar bateri kereta! Jangan biarkan anak anda menjadi #BatteryKiller seterusnya! #TukarSebelumKong ✨ Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin ✨ Ikhlas dari kami, Bateriku.com! 🚗🔋 @imamirnafis @mona_allen @pekinibrahim74 #Baterikudotcom #CarBreakdown #Baterikong #HariRaya #IklanRaya ♬ original sound - Baterikudotcom
Topic Berkaitan
#Pekin Ibrahim
#Iklan
#Raya
#Kereta
#Amir Nafis
#Bateri
#Mona Ellen
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement