“Ibu Bapa Juga Perlukan Rehat” - Ramai Setuju Dengan Dr Say! Me Time Itu Penting
Mya Amri
07/09/2023 07:55 MYT
07/09/2023 07:55 MYT
Doktor selebriti dan personaliti media sosial, Dr Say Shazril berpendapat me time atau masa untuk diri sendiri amat diperlukan bagi mereka yang bergelar ibu bapa.
Membuka topik ibu bapa layak berehat, Dr Say menerangkan perkara itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.
Menurut Dr Say, masih ramai tidak memahami kepentingan keperluan masa untuk diri sendiri dan perkara itu yang sebenarnya mempunyai implikasi besar terhadap kesejahteraan mental individu.
“Semalam saya buat story mengatakan kadang kadang ibu dan bapa perlukan ‘me/ we time’. Sebanyak 1733 undian bersamaan 91% undi setuju.
“Sebab saya teringat satu ketika dulu @dianadanielleb pernah dipersoal netizen seperti gambar kedua.
“Masa saya baca berita tu pada Julai terduduk saya dibuatnya sebab tak sangka masih ada yang berfikiran sebegitu.
“Tak tahulah ampa interpret as if dia tanya dengan nada biasa, tapi saya sebagai parents baca dengan nada sepertimana soalan yang diajukan Diana.
“Ibarat mak ayah tak boleh bersuka ria tanpa anak-anak. Di tambah ada pengikut hantar mesej gambar ketiga lepas saya buat story semalam, terduduk kuasa dua saya dibuatnya.
“Sebagai seorang bapa kepada dua anak lelaki yang mana salah seorangnya autistik, tipu besar kalau saya cakap tak penat.
“Yang saya tunjuk dekat sosial media semestinya yang indah belaka tapi ada masanya saya rasa letih, rasa ulang rutin yang sama tiap tiap hari.
“Rasa tertekan sebab jaga anak ni adalah tanggungjawab 24/7. Saya enjoy masa saya dengan anak-anak, sejujurnya.
“Tetapi saya rasa adakala masanya kita memerlukan waktu berehat. Mungkin ada yang tak bersetuiu dengan tapi saya tak salahkan kalian.
“Sebab setiap manusia hidup dalam kasut yang berbeza. Saya pun satu ketika dulu pernah pandang slack parents yang anak-anaknya tidur dengan maid.
“Tapi bila saya fahami betapa stressnya kehidupan zaman ni, saya mula berfikiran terbuka,” jelasnya.
Dalam hantaran yang sama, Dr Say juga menekankan kepentingan menjaga kesihatan mental.
“Sekali lagi, semua orang tak hidup in a stress-free environment especially nowadays. Ada yang pekerjaan very demanding.
“Ada ada yang struggle with mental health diri sendiri, ada yang hidup bersama anak seorang diri sebab pasangan PJJ.
“Jadi siapa kita untuk menilai jika ada mak atau ayah nak enjoy that ‘me/we time’ sekejap? Mengambil masa untuk diri sendiri bukan sahaja baik untuk anda, tetapi juga baik untuk anak-anak anda.
“Lebih mudah untuk memberikan sokongan kepada mereka apabila anda segar semula selepas berehat mental dan fizikal.
“Tidak ada rasa malu, kegagalan atau kekurangan rasa sayang dalam memerlukan masa untuk diri sendiri.
“Jadi kepada parents di luar sana kalau ada yang rasa burnt out, tolonglah berehat. Pergi buat apa yang korang enjoy. Relax, Refresh & Reset,” kongsinya.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat Dr Say dan berkongsi pengalaman mereka sendiri.
Untuk info, Dr Say dan isterinya, Dr Azura Abas mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2014.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua anak lelaki iaitu Aezriel (Ace), 4, dan Sefriel yang kini berusia dua tahun.