Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Ibu Bapa Sakan Beraya, Anak-Anak Menangis Ditinggal Dalam Kereta - “Tengah Musim Panas Dia Buat Macam Tu?”

Izwan Isa
15/05/2023 06:50 MYT
Viral di media sosial mengenai insiden dua orang kanak-kanak yang ditinggalkan oleh ibu bapa di dalam kereta kerana menghadiri rumah terbuka.

Menerusi satu hantaran di Facebook, kanak-kanak yang juga pasangan kembar itu didakwa ditinggalkan dalam keadaan kereta yang sedang berkunci.



“Anak-anak ditinggalkan di dalam kereta berkunci untuk beraya ke rumah terbuka. Enjin kereta dimatikan hanya tingkap di buka sedikit.

“Terdengar tangisan budak dari dalam kereta, anak kembar dalam keadaan takut dan menangis. Sempat berikan air kotak untuk tenangkan mereka dan tunggu lebih kurang 30 minit untuk parents kembali,” tulisnya.

Individu yang berkongsi mengenai insiden berkenaan turut memberikan nasihat supaya sentiasa menjaga anak-anak, tidak kira waktu dan ketika.

“Eh.. parents dengan atuk nenek sekali pergi beraya. Cucu dalam keta ek. Dapatlah angkat tangan sambil sengih-sengih kerang manja dari parents.

“Mak dia buat bodoh jer.. muka tak bersalah. Kalau dulu macam tak percaya ini boleh berlaku. Sekarang depan mata. Raya tu raya juga tapi anak-anak tu amanah kita. Kira bagus aku tak report polis,” tulisnya.

Meninjau komen-komen yang ditinggalkan oleh netizen, rata-rata menyelar tindakan ibu bapa berkenaan.



“Tengah musim panas dia buat macam tu? Ibu bapa atuk nenek? Apa la takda otak sangat.”

“Ya Allah tak tahu ke sekarang panas dia lain macam. Otak tak bawak ke masa keluar rumah, harap polis ambil tindakan.”

“Walau senakal mana pun anak, janganlah tinggal anak dalam kereta. Ya Allah sanggupnya seorang ibu.”
#Rumah Terbuka #Kereta #Ibu Bapa #Beraya #Anak Menangis
;