"Ibu Bapa Yang Hantar Anak Ke Tahfiz Jangan Sedih Berjauhan" - Pesan Abby Abadi

Syafiqah Jalal
Januari 2, 2018 08:23 MYT
Bekas pelakon Abby Abadi pesan kepada ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah tahfiz sepertinya, tidak perlu bersedih bila berjauhan.
Abby Abadi menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya, berkongsi foto anak perempuanya, Marissa di hari pertama persekolahan di salah sebuah sekolah tahfiz.
Menurut Abby segala kepahitan berjauhan dengan anak yang bersekolah di sekolah agama tahfiz, kelak akan datang manisnya.
Dia juga memberi kata semangat kepada ibu bapa lain semoga pengorbanan anak-anak mencari ilmu agama Allah di dunia akan mendapat ganjaran di akhirat kelak.
Melalui pengalmannya, Abby memberitahu lebih baik anak-anaknya berada di sekolah dan asrama tahfiz daripada berada di rumah yang banyak pengaruh hiburan termasuk televisyen dan telefon bimbit.
Rata-rata pengikut IGnya menyokong Abby dan tidak kurang juga akui kata-kata Abby itu telah memberi semangat dan kekuatan mereka yang menghantar anak ke sekolah tahfiz.
Foto: Instagram Abby Abadi
Teks oleh: Syafiqah Jalal
#Abby Abadi #Norman Hakim #Anak Tahfiz