Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

“Ibu Berpisah Dengan Dada Masa Jemyma Umur Setahun Sebulan, Masa Tu...”- Fasha Sandha

Syafiqah Jalal
24/01/2019 06:03 MYT
Pelakon Fasha Sandha bangga apabila melihat anak-anaknya membesar dengan baik meskipun dia hanya ibu tunggal.

Fasha berkata, dia mengajar dan membesarkan kedua-dua anaknya Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemyma dengan penuh kasih sayang.

“Putri Raysha Jemyma, Anak dara ibu umuq 4 tahun 2 bulan. Ibu berpisah dengan dada dia masa dia umuq setahun 1 bulan, masa tu dia kecik dan tak paham apa2...

“Tapi ibu besaqkan dia dan ajar dia kasih sayang.dari dia baby dia akan ikut ibu pi bagi makan kat ikan2... setiap minggu pastu kami akan cari waktu to feed ikan di tasik.

“Dia paham ibu pesan, we must share our food. Dia letak dalam otak dia. Hari ni dia ajaq ibu benda baru, kena bagi semut makan, sbb semut lapaq. Adoi tak terpikir la pulak nak bagi semut makan... dia pulak ajar ibu.

“Inilah dia anak2..., kadang2 kita rasa kita banyak ajar depa, sebenarnya depa yang banyak ajar kita tentang kehidupan,” tulisnya.

Fasha berkongsi mengenai anaknya itu di akaun Instagram.

Menerusi entri yang sama, Fasha memuat naik video yang menunjukkan aktivitinya dan anak di sebuah tasik.

Fasha akui bersalah tidak dapat memberikan keluarga yang sempurna untuk anak-anaknya, namun dia cuba sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik.

“Ibu mintak maaf sayang, sebelum ni ibu tak dapat bagi keluarga sempurna to u and abang, tapi ibu dah ajar kita semua untuk sayang menyayangi, jangan ada benci, hormat dan hargai orang sekeliling dan alam sekitar. Semoga anak2 ibu membesar dengan baik, sihat dan bijak.

“Jemyma suka buli ibu dan buat ibu penat, tapi ibu bersyukur sbb jemyma membesar dengan bijak , sihat dan pandai jaga hati orang. Abang pula jarang membuli ibu.. tapi kerenah jemyma ni selalu buat ibu rindu. Walaupun ibu penat... siapa rapat dengan ibu tau la... macam mana jemyma and rayfal. They’re my world.

“Ibu bersyukur sbb ibu mendapat hak penjagaan untuk anak2 ibu walaupun ibu kerja penat dan ibu tak banyak waktu utk diri sendiri. Ibu bersyukur...ibu yakin ... tempat anak2 adalah pada seorang ‘ibu’..” katanya lagi.

Fasha yang kini bertunang dengan pelakon Aidil Aziz berharap selepas ini dia dapat membina keluarga yang bahagia dengan jejaka tersebut.

“Semoga lepas ni..keluarga kita akan sempurna diatas kehadiran keluarga baru dalam keluarga kita. Insyaallah,..

“Ibu sayang Rayfal dan Jemyma, nyawa ibu.
A mother is she who can take the place of all others but whose place no one else can take,” luahnya.

Fasha pernah berkahwin dengan usahawan, Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012 namun perkahwinan mereka tidak dapat bertahan lama dan berakhir pada 20 Januari 2016.

#Anak #Fasha Sandha #Jejai #Cecai
;